Cordoda sasar 300 EKS pakej Smile
Staff
Berita Harian Ekonomi-14/01/02
CORDODA Corporation Sdn Bhd (Cordoda) mensasarkan kira-kira 300 Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) akan menjadi pelanggannya dalam tempoh setahun akan datang menerusi pakej khasnya, Smile.
CORDODA Corporation Sdn Bhd (Cordoda) mensasarkan kira-kira 300 Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) akan menjadi pelanggannya dalam tempoh setahun akan datang menerusi pakej khasnya, Smile.
Pengerusi Cordoda, Lee Tak Suan, berkata menerusi pakej itu, syarikat menawarkan perkhidmatan yang dirasakan sesuai dan diperlukan EKS berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini.
“Cordoda tidak menawarkan sebarang teknologi baru untuk menarik EKS, tetapi perkhidmatan berdasarkan keperluan EKS supaya mereka dapat menggunakannya dengan cekap,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Lee, Cordoda sedar kurangnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan EKS tempatan berikutannya tahap kesedaran terhadap kelebihan yang dibawa teknologi itu masih rendah.
“Berikutan itu, Cordoda cuba membantu kerajaan meningkatkan penggunaan ICT di kalangan EKS dengan memberi tunjuk ajar dan latihan serta bantuan untuk mendapatkan bantuan sewajarnya untuk memulakan penggunaan ICT,” katanya.
Pakej Smile yang disediakan Cordoda dibangunkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Bahasa Melayu dan Cina untuk memudahkan penggunaan pemilik EKS.
Cordoda, anak syarikat Patimas Computers Bhd (Patimas) ialah penyedia perkhidmatan rangkaian bernilai tambah yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga kumpulan perkhidmatan iaitu Akses Rangkaian Perkhidmatan Pelbagai, Perkhidmatan Pengurusan dan Rangkaian dan Aplikasi Rangkaian Perniagaan Elektronik (EBN).
Antara perkhidmatan yang ditawarkannya menerusi EBN ialah hosting untuk aplikasi dan pelayan; pemulihan kerosakan; aplikasi pelbagai industri seperti industri insurans dan perbankan serta Aplikasi Protokol Tanpa Talian (WAP).
Cordoda kini memiliki 17 tapak kehadiran (POP) untuk memudahkan akses pelanggannya.
Menurut Lee, Cordoda tidak merancang menambah bilangan POP dalam tempoh terdekat kerana berdasarkan penggunaanya ketika ini, POP Cordoda yang paling sibuk hanya mencatatkan 10 peratus penggunaan daripada keupayaan sepenuhnya.
“Berikutan itu, Cordoda masih mempunyai lebihan kapasiti yang cukup untuk menampung peningkatan permintaan,” katanya.
Lee berkata, antara kelebihan EBN ialah ia mempunyai keupayaan memberikan sambungan pelbagai talian untuk memastikan akses pelanggan tidak terhenti jika perkhidmatan satu daripada syarikat telekomunikasi yang dilanggan tergendala.
Setakat ini katanya, Cordoda sudah melabur RM47 juta untuk membangunkan rangkaian prasarananya di seluruh negara.
Ketika ini, Cordoda memiliki 60 pelanggan korporat di seluruh Malaysia. Antara projek yang pernah dikendalikannya ialah perbankan elektronik Maybank2U.com dan Public Bank yang dibangunkan dengan kerjasama Patimas.
"Memiliki 60 pelanggan boleh dikatakan pencapaian yang menggalakkan untuk syarikat baru seperti Cordoda," katanya.
This
news is related to Cordoda Corporation Sdn Bhd
Search
for more news relating to Cordoda Corporation Sdn Bhd
Search
for products & services relating to Cordoda Corporation Sdn Bhd